Apa Itu Ikan Bilis?

Apa itu Ikan Bilis? Ikan Bilis seperti yang diketahui boleh didapati di Malaysia, Indonesia dan sekitar Asia, dan ada sesetengahnya daripadanya dikenali dengan nama ikan teri putih kering kecil yang membawa maksud ikan bilis kering. Menurut Wikipedia, Ikan bilis merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Mereka diluar sana tidak boleh keliru dengan Ikan Teri yang merupakan istilah Indonesia untuk ikan putih yang sangat kecil – mereka jauh lebih kecil daripada ikan bilis. Ikan bilis mempunyai bau dan rasa laut dan panjangnya berukuran antara 2 hingga 5 cm. Ikan bilis mempunyai rasa dan tekstur yang unik dan tidak dapat digantikan dengan mana-mana hidupan laut.

Di Mana Ikan Bilis Boleh Didapati

Anda akan menjumpainya di kebanyakan kedai-kedai yang menjual hasil-hasil lautan, makanan ikan kering, pasaraya, kedai runcit, pasar tani dan sebagainya. Ada yang menjual ikan bilis di dalam talian seperti platform Shopee, Lazada dan macam-macam lagi. Bagi yang nak tahu harga market ikan bilis, boleh layari page yang tertera di atas.

Adakah Ikan Bilis Perlu Disimpan Di Dalam Peti Sejuk?

Ikan bilis perlu disimpan di tempat yang kering yang mempunyai pengudaraan yang baik. Sekiranya anda merancang untuk menghabiskan paket ikan bilis dalam masa yang terdekat, anda boleh menyimpannya di dalam almari atau kabinet begitu sahaja. Sekiranya anda berfikir bahawa anda tidak akan menggunakannya sekaligus, anda boleh simpan di dalam peti sejuk sehingga anda ingin menggunakannya semula di dalam masakan anda, ia akan bertahan selama berbulan-bulan di sana.

Bolehkah Ikan Bilis Menjadi Rosak?

Ya, ikan bilis kering boleh menjadi buruk dan rosak jika anda menyimpannya dengan cara yang tidak betul. Seperti yang dinyatakan di atas, mereka perlu disimpan di kawasan kering yang sejuk dan mempunyai pengudaraan yang baik. Jika anda membiarkan ikan bilis terkena air ataupun berada di dalam kelembapan, ada kemungkinan besar ikan bilis tersebut akan menjadi lembut dan akhir sekali rosak.

Adakah Ikan Bilis Boleh Dimakan Terus?

Ya, mereka boleh dimakan terus samada ianya kering dan tidak dimasak, rasanya sangat masin dan berbau kuat. Walau bagaimanapun, tidak disyorkan memakannya seperti ini, kerana kandungan garam yang tinggi dan sesetengah orang mungkin akan mengalami sakit perut dengan memakannya secara mentah. Mereka lebih sedap jika dimasak.

Cara Memasak Ikan Bilis Kering

Bagaimana membersihkan Ikan Bilis?

Pertama, anda perlu membersihkan ikan bilis kering dengan mencucinya beberapa kali menggunakan air paip bersih dan sejuk, dan kemudian bilaskannya dengan baik. Apabila anda mencuci ikan bilis kering, anda bukan sahaja membersihkannya, tetapi menjadikannya kurang rasa masin yang kuat.

Bagaimana cara mengeringkan ikan bilis?

Setelah mencuci ikan bilis, ianya perlu dikeringkan terlebih dahulu dengan meletakkan ikan bilis tadi ke dalam satu lapisan kertas serap air, dan tepuk sambil keringkan ia dengan helaian kertas serap air yang lain. Kemudian biarkan ikan bilis tadi kering selama 30 – 60 minit. Pastikan ia cukup kering, kerana ia akan membantu mengelakkan percikan minyak ketika digoreng nanti.

Bagaimana cara menggoreng Ikan Bilis hingga garing?

Semasa memasak ikan bilis kering, perlu ada cukup minyak di dalam kuali untuk menutup gorengan ikan bilis tadi. Minyak perlu dipanaskan pada suhu tinggi hingga panas, dan sebelum memasukkan ikan bilis kedalam kuali, sila kecilkan api sedikit. Goreng ikan bilis tadi secara berkumpulan, kacau dari semasa ke semasa hingga ianya menjadi warna coklat keemasan gelap ataupun keperang-perangan.

Sekiranya anda tidak mengoreng ikan bilis tadi cukup lama, mereka tidak akan rapuh dan ranggup ketika sejuk, sebaliknya mereka akan mempunyai tekstur yang liat, susah untuk dihadam. Setelah digoreng masak biarkan ikan bilis tadi di atas kertas penyerap minyak.

CARA PENGGUNAAN IKAN BILIS

Ikan bilis apabila dimasak ranggup, garing dan sedikit masin, anda boleh memakannya begitu saja, atau mencampurkannya dengan bahan lain untuk membuat makanan ringan yang enak seperti ikan bilis goreng dengan kacang dan kerepek, atau campurkannya dengan cili menjadikannya seperti sambal pedas ikan bilis. Di Malaysia, ikan bilis terkenal dengan menu nasi lemak panas beserta sambal ikan bilis.